Profile Picture

Nurazura Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Science Computer

Kolej Poly-Tech MARA (Ipoh) (Telah Bergraduasi)

Bentong, Pahang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai! Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam mendidik anak murid untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya menjadi tutor untuk sekolah menengah dan rendah. Subjek utama saya adalah Matematik, Sains dan Geografi. Saya juga seorang tutor yang mudah mesra dengan pelajar dan mudah untuk memahami sikap pelajar. Dengan memahami sikap-sikap pelajar akan membuatkan saya senang untuk mendidik pelajar saya hingga cemerlang. Menjadikan pelajar mencapai skor A adalah matlamat uatama saya sebagai seorang tutor. Selain mendidik dalam matapelajaran pilihan saya juga berkebolehan dalam motivasi serta mendisiplinkan pelajar. Saya juga mampu untuk membantu pelajar dalam penyusunan jadual masa yang lebih efektif serta menerapkan pelbagai teknik baru dalam pelajaran. Jadikan saya tutor anda hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya mengunakan kaedah didik hibur untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan. Saya juga menyediakan teknik karangan mudah serta tatabahasa pantas untuk memastikan anak didik saya dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dengan mudah. Saya juga menggunakan akronim untuk membantu saya mengigati sesuatu perkara dengan mudah. Selain itu, saya juga akan menggunakan peta minta sebagai salah satu teknik pembelajar untuk memudahkan pelajar saya mengingat apa yang dipelajari dan saya juga menyediakan nota yang berwarna warni bagi kelas dalam talian.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Geografi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3