mytutor_mobile
Profile Picture

Muhammad Danial *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Kejuruteraan Mekanikal

University Of Applied Sciences Schmalkalden, Germany (Sedang Belajar)

Bandar Enstek, Negeri Sembilan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Guten Tag ! Saya Danial. Saya merupakan pelajar tahun akhir di salah sebuah universiti di Jerman. Saya amat teruja untuk berkongsi ilmu dan kaedah belajar bersama anak murid saya agar anak murid saya dapat memahami dan mendalami apa jua ilmu yang mereka ingin pelajari. Saya akan dedikasikan masa dan juga usaha saya dalam membantu anak murid saya. Saya akan cuba sedaya upaya untuk memastikan anak murid saya dapat memahami ilmu yang saya sampaikan dan membantu mereka mencapai impian dan target mereka dalam bidang pelajaran. Disamping bidang pendidikan, saya juga akan membantu anak murid saya bahagikan masa mereka supaya pelajaran mereka seiring dengan kehidupan seharian mereka. Saya juga akan menerapkan rasa cinta dan suka pada ilmu yang saya kongsikan agar mereka tidak rasa terbeban dengan apa yang dipelajari. Saya juga merupakan seorang yang ceria dan gembira tetapi saya jika ketegasan itu satu keperluan dalam mendidik maka saya akan berlaku tegas. Mari ajak anak-anak tuan/puan untuk menimba ilmu bersama saya dan jadikan saya tutor mereka!
Teknik Pengajaran
Dalam bidang pengajian dan pembelajaran terdapat pelbagai teknik yang kita boleh guna pakai. Tetapi tidak semua teknik sesuai dengan semua pelajar. Jadi untuk memastikan anak murid saya faham serta minat terhadap ilmu yang saya bakal kongsikan, saya akan gunakan beberapa kaedah menarik untuk memastikan teknik pengajaran saya sesuai dengan anak murid saya. Antara teknik yang saya akan gunakan adalah didik hibur, capaian target dan penggunaan analogi. Saya juga akan bantu anak murid saya dalam membuat nota yang ringkas, padat dan menarik serta memudahkan mereka menghafal apa jua formula dengan menggunakan akronim.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains - DLP Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa - Jerman Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3