Profile Picture

Siti Syazwani *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ekonomi

Universiti Kebangsaan Malaysia (Telah Bergraduasi)

Klang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya bukan merupakan seorang yang berlatar belakangkan pendidik namun mengajar adalah bidang yang saya sukai dan saya telah pun menceburkan diri dalam dunia mengajar ini seawal usia 16 tahun di mana saya terpilih menjadi 'Guru Muda' dan bertanggungjawab untuk mengajar rakan sebaya. Dan sewaktu cuti semester juga saya kerap membuka kelas tuisyen untuk anak-anak di kawasan kejiranan saya. Saya percaya saya mampu untuk mengajar pelajar saya dengan penuh bersemangat kerana niat saya untuk membantu para pelajar meningkatkan prestasi pembelajaran mereka. Saya juga percaya jika kita buat perkara yang kita suka, pasti kita akan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat kepuasan dalam membuat perkara itu.
Teknik Pengajaran
Saya akan menggunakan kaedah asas latih tubi kerana saya percaya kita hanya dapat mengingati dan memahami sesuatu itu dengan dengan cara mengulang-ulang perkara tersebut terutamanya subjek yang memerlukan pengiraan seperti Matematik. Secara tidak langsung, kaedah ini sebenarnya dapat melatih para pelajar untuk sentiasa bersedia sekiranya diuji dengan pelbagai jenis soalan.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Darjah 1, Darjah 2
Mengaji - Iqra Tadika
Membaca - BM Darjah 1, Tadika, Darjah 2, Darjah 3