Profile Picture

Amira Badriyah

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Undang-undang

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Telah Bergraduasi)

Ledang, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama saya Amira Badriyah Azaha atau lebih dikenali sebagai Teacher Amira. Saya merupakan pemegang sarjana muda undang-undang UIAM dan sedang melanjutkan pengajian sarjana muda yang kedua (double degree) iaitu dalam bidang Undang-undang Syariah. Saya mempunyai pengalaman mengajar sebagai tutor melebihi 3 tahun dalam subjek berkaitan Al-Quran, bahasa arab dan Jawi. Saya menjadi tutor kepada semua peringkat umur termasuk kanak-kanak berusia 5 tahun sehingga dewasa. Selain itu, saya juga boleh mengajar subjek-subjek sekolah rendah seperti bahasa inggeris, bahasa melayu, dan bahasa arab. Saya juga boleh mengajar subjek Syariah Islamiyah dan Pendidikan Al-Quran dan Sunnah untuk pelajar sekolah menengah.
Teknik Pengajaran
Untuk memberi kefahaman yang optimum kepada pelajar, saya menggunakan kaedah 'storytelling' di dalam teknik pengajian saya. Selain itu, saya juga suka melakukan aktiviti di dalam kelas supaya pelajar tidak bosan dan pembelajaran boleh disampaikan secara efektif. Komunikasi dua hala juga sangat penting untuk membina kemahiran interaksi pelajar dan membolehkan pelajar melatih diri untuk berfikir secara kritis. Saya juga menyediakan nota-nota yang mudah difahami untuk rujukan mereka.
Subjek
Subjek Tahap
P. Islam Tingkatan 4, Tingkatan 5
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Tauhid KAFA - Darjah 6
Fekah KAFA - Darjah 6
Ulum syariah - Akidah KAFA - Darjah 6
Ulum syariah - Ibadah KAFA - Darjah 6
Adab ( Akhlak Islamiah) KAFA - Darjah 6
Tilawah Al-Quran KAFA - Darjah 6
Hafazan KAFA - Darjah 6
Tajwid KAFA - Darjah 6
Adab dan Sirah KAFA - Darjah 6
Asas Fardhu Ain KAFA - Darjah 6
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Mengaji - Iqra Dewasa