Profile Picture

Wan Nurfatin *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam

Universiti Malaysia Pahang (Kuantan) (Telah Bergraduasi)

Ajil, Terengganu

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Fatin. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi yang mana saya sangat-sangat mementingkan penghasilan pelajar yang berkualiti. Selain memiliki Ijazah Sarjana Muda, saya juga memiliki Diploma Pascasiswazah Pendidikan dan baru sahaja menamatkan latihan mengajar di sekolah fizikal dalam subjek Matematik Tingkatan 1-5. Saya berkemahiran dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan pelajar yang pelbagai di mana fokus saya adalah untuk meningkatkan pemahaman pelajar dalam satu-satu topik agar mereka merasakan subjek Matematik itu sebenarnya mudah sahaja. Jika anda nak lihat peningkatan pencapaian subjek Matematik anak anda, saya sedia membantu. InsyaAllah. Hubungi saya!
Teknik Pengajaran
Berpengalaman mengajar dalam industri pendidikan menjadikan saya sedar bahawasanya teknik pengajaran setiap pelajar adalah berbeza-beza mengikut tahap kognitif, afektif dan psikomotor mereka. Oleh yang demikian, untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran saya menerapkan pelbagai teknik, pendekatan dan strategi yang pelbagai mengikut kesesuaian pelajar demi memastikan mereka berupaya memahami ilmu yang diajar. Namun, teknik penyelesaian masalah adalah teknik yang paling banyak saya gunakan untuk subjek Matematik. Pemahaman pelajar merupakan visi saya sebagai seorang pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5