Profile Picture

Muhammad Amirul *******

(Online)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian(Biologi)

Universiti Kebangsaan Malaysia (Graduated)

Kajang, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Amirul. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan baru dalam dunia pendidikan. Saya memulakan kerjaya sebagai tutor bermula ketika saya belajar di matrikulasi. Ketika di Matrikulasi Dan juga sewaktu ijazah saya dilantik sebagai fasi atau tutor kepada pelajar lain yang memerlukan kelas tambahan. Subjek biologi merupakan subjek major saya dalam bidang pendidikan manakala subjek matematik dan kimia merupakan subjek minor. Saya juga merupakan seorang tutor yang tidak kenal erti menyerah dalam mendidikan pelajar saya untuk memastikan pelajar saya bukan cemerlang tapi membawa ilmu yang disampaikan oleh saya sepanjang hidup mereka
Teaching Method(s)
Walaupun saya merupakan seorang warga pendidik yang masih baru tapi saya mempunyai cara mengajar yang tersendiri untuk menjadi pelajar saya lebih senang untuk memahami ilmu yang disampaikan. Antara teknik pengajaran adalah pendekatan peta minda. Teknik ini amat berkesan bagi subjek biologi dan kimia. Ini kerana kesemua maklumat penting dalam sesuatu topik dikeluarkan dan diringkas serta memudahkan untuk pelajar melihat proses-proses yang berlaku dalam bentuk yang lebih mudah dan menarik. Selain itu, saya juga akan memberi teknik atau cara saya untuk memahami sesuatu topik itu sebelum saya memberikan latihan kepada pelajar untuk memantapkan lagi pemahaman pelajar. Keutamaan saya sebagai seorang tutor adalah pemahaman pelajar terhadap apa yang saya sampaikan dan ajar.
Subject
Subject School Level
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4
Sains Darjah 6
Sejarah Tingkatan 3