Profile Picture

Nur Asiah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Persuratan Melayu

Universiti Kebangsaan Malaysia (Telah Bergraduasi)

Kuantan, Pahang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi! Saya Cikgu Asiah. Saya merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Persuratan Melayu dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini menyambung Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI). Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major saya. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya boleh membantu pelajar untuk mencapai matlamat mereka dalam subjek yang diingini. Jadikan saya tutor hari ini!
Teknik Pengajaran
Saya mengunakan kaedah didik hibur untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan. Saya juga akan mewujudkan persekitaran yang positif yang menyokong sesi pembelajaran anak anda. Teknik pengajaran yang lain adalah teknik perbincangan. Teknik ini dapat membantu pelajar untuk berfikir menyelesaikan sesuatu masalah bersama-sama guru. Hal ini dapat membuatkan pelajar rasa lebih aktif dan fokus kerana saya mengunakan idea mereka dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang tidak difahami. Banyak teknik yang boleh diamalkan mengikut kesesuian seseorang. Oleh itu, saya boleh cuba untuk mempelbagaikan teknik pengajaran mengikut kesesuaian masing-masing.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 2, Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Inggeris Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 2, Darjah 1, Darjah 2
Membaca - BI Tadika
Membaca - BM Tadika
Sains Darjah 1, Darjah 2