About Me
Saya Cikgu Hanis, mendapat kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan (Komunikasi). Saya mempunyai pengalaman sebagai seorang guru di sekolah kebangsaan selama lebih satu tahun bagi subjek Matematik khususnya. Selain itu, saya juga mempunyai minat yang mendalam bagi subjek Sains dan RBT.
Sebagai seorang guru, saya amat menekankan kepentingan untuk murid-murid memahami sesuatu konsep dalam setiap topik sebelum mereka dapat menguasai topik-topik berikut.
Oleh itu, dengan ilmu dan pengalaman yang saya miliki, saya yakin dan berharap agar dapat membantu mengukuhkan bidang akademik murid-murid, seterusnya dapat menjadi pelajar yang cemerlang di sekolah.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran dan pembelajaran yang saya terapkan dalam kelas adalah melalui komunikasi dua hala di mana saya dapat mengenal pasti sama ada murid tersebut dapat memahami pengajaran yang disampaikan. Peranan aktif murid dalam menimba ilmu amat penting dalam menghasilkan sesi pembelajaran yang efektif dan bermakna. Saya juga menggunakan teknik penceritaan bagi menerangkan perkaitan antara sesuatu konsep dalam topik dengan kehidupan seharian. Acronyms/ singkatan turut digunakan bagi murid-murid menghafal sesuatu formula.