Profile Picture

Nur Aidatul *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Mikrobiologi

Universiti Kebangsaan Malaysia (Telah Bergraduasi)

Kuantan, Pahang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Tasha merupakan seorang tutor yang mengajar subjek Sains (Biologi) sebagai subjek major dan Matematik sebagai subjek minor. Saya mempunyai latar belakang dalam bidang Sains dan Matematik sejak sekolah menengah sehingga Universiti. Saya memiliki semangat yang besar untuk membantu anak didik saya belajar dan mencapai tujuan akademik mereka. Saya percaya bahawa setiap individu memiliki potensi yang luar biasa, dan sebagai tutor, tugas saya adalah memberikan dukungan dan panduan agar anak didik saya dapat mencapai kecemerlangan yang diimpikan. Mari bersama-sama menerokai dunia pengetahuan dan tumbuh bersama dalam perjalanan pendidikan ini!
Teknik Pengajaran
Pendekatan saya sebagai seorang tutor berfokus kepada pemahaman konsep dan melaksanakan soalan latih tubi terutamanya dalam subjek Sains dan Matematik. Saya percaya bahawa memahami kata kunci sesuatu topik adalah penting untuk membangun pemahaman yang lebih kukuh. Oleh itu, dalam setiap sesi tutor, saya akan berusaha keras untuk menjelaskan konsep-konsep dengan cara yang jelas dan mudah difahami, antaranya dengan menggunakan contoh ilustrasi, menyediakan nota yang bewarna warni dan berbagai koleksi soalan yang dapat membantu meningkatkan kefahaman anak didik saya. Saya juga seorang tutor yang dapat beradaptasi kepada personaliti dan keupayaan anak didik saya agar proses pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BM Tadika, Darjah 1
Matematik Darjah 3, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Darjah 3, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5