Profile Picture

Siti Aisyah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor In Tesl

Management & Science University (Sedang Belajar)

Kota Bharu, Kelantan

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang bersemangat tinggi dan mempunyai minat mendalam dalam mengajar bahasa inggeris. Saya seorang yang sangat mementingkan kemenjadian dan kecemerlangan pelajar dalam pengajaran. Oleh itu saya akan sentiasa memastikan pelajar dapat belajar mengikut kemampuan masing-masing supaya mereka tidak berasa terbeban untuk belajar. Saya juga seorang yang peramah dan lemah lembut namun tegas dalam sesuatu keadaan. Selain itu, saya juga suka untuk membantu pelajar mencapai kecemerlangan dengan membantu mereka membina jadual dan memberikan tips-tips yang berguna untuk mahir dalam pembelajaran. Jom belajar bersama saya sekarang!
Teknik Pengajaran
Dalam teknik pengajaran, saya akan menggunakan teknik pembelajaran yang pelbagai dan menarik untuk seseorang pelajar itu agar mereka boleh menguasai bahasa inggeris dengan lebih baik. Contohnya memberi praktis berterusan dengan mengamalkan latihan berterusan dalam kemahiran membaca, menulis, mendengar, dan bertutur. Saya juga akan memberi peluang kepada pelajar untuk membaca dan menulis secara berkala. Selain itu saya juga akan menyediakan bahan pembelajaran yang menarik dan mudah difahami oleh pelajar. Saya juga akan menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Ini melibatkan penggunaan aplikasi pembelajaran bahasa, laman web pendidikan, dan video untuk menyediakan peluang pembelajaran yang berbeza.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4