Profile Picture

Nazihah Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Pembinaan

Universiti Teknologi MARA (Seri Iskandar) (Sedang Belajar)

Bandar Seri Iskandar, Perak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya ialah Tutor Nazihah. Saya merupakan seorang pelajar universiti dalam bidang Teknologi Pembinaan yang berdedikasi dan berpengalaman dalam menjadi tutor ketika di universiti. Saya sangat mahir dalam bidang matematik. Subjek matematik adalah pilihan utama dalam dunia pembelajaran dan tutor. Semasa zaman persekolahan, saya sering dilantik untuk menjadi tutor dalam subjek matematik bagi membantu rakan-rakan seperjuangan. Di universiti, rakan-rakan juga acapkali meminta bantuan saya bagi membantu mereka memahami dalam subjek matematik. Selain itu, saya juga pakar dalam memberikan nasihat untuk memberikan motivasi dan melatih disiplin para pelajar. Anda ingin anak-anak anda mahir matematik? Jangan lepaskan peluang ini. Hubungi saya hari ini untuk mengetahui tentang kemahiran saya!
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang akan diterapkan adalah bergantung kepada keselesaan dan kefahaman para pelajar. Saya mengaplikasikan pendekatan secara hybrid iaitu bersemuka dan atas talian bagi memudahkan para pelajar untuk berkomunikasi bagi tujuan pembelajaran. Peta minda dan nota ringkas akan diberikan kepada para pelajar bagi mencapai objektif pembelajaran dan keperluan subjek. Contoh-contoh soalan juga akan diberikan dan latihan akan diterapkan untuk para pelajar lebih mahir. Kefahaman anak-anak anda dalam mencapai kecemerlangan merupakan tujuan utama saya.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 6, Darjah 4, Darjah 3