Profile Picture

Munirah Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Tesol (Teaching English To Speakers Of Other Languages)

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Telah Bergraduasi)

Pokok Sena, Kedah

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Munirah atau selalu disapa dengan gelaran "Teacher Munirah". Saya merupakan seorang tutor yang bersemangat tinggi dalam merangka pelan pengajaran yang efektif dalam jangka masa yang ditetapkan. Subjek bahasa Inggeris merupakan major saya dalam bidang pendidikan. Manakala, multimedia interaktif yang boleh diselaraskan dengan subjek sains komputer merupakan subjek minor saya. Saya mempunyai pengalaman mengajar subjek bahasa Inggeris tingkatan 1 hingga tingkatan 3 di sekolah menengah kebangsaan. Selain itu, saya juga pernah mengajar subjek Sains Komputer bagi menengah rendah di sekolah menengah kebangsaan. Saya juga merupakan guru MySTEP yang mempunyai pengalaman dan permit mengajar secara rasmi. Saya seorang yang tegas namun peramah dengan pelajar mengikut kesesuaian persekitaran pembelajaran. Saya berminat dalam pengajaran interaktif menggunakan pelbagai media untuk meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran. Tambahan pula, saya menggunakan bahasa Inggeris komunikasi yang ringkas namun berkesan dalam sesi pengajaran untuk menggalakkan pelajar bercakap untuk mengasah kemahiran bercakap dalam bahasa Inggeris. Inginkan pelajar yang cemerlang serta seimbang dalam semua kemahiran bahasa? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan teknik menggabungkan dua kemahiran bahasa dalam satu sesi pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pelajar secara optimum. Saya juga menggunakan media digital seperti slaid, bahan visual, serta video untuk memastikan pelajar tidak bosan. Saya juga menyediakan bahan serta nota yang berwarna warni sebagai bahan pengajaran untuk pelajar tanpa mengira kaedah pengajaran dalam talian atau bersemuka. Saya juga menggunakan kaedah komik bergambar yang menggalakkan pelajar mengisi dialog sendiri mengikut situasi bagi memberi peluang mereka untuk merangka ayat sendiri.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Tingkatan 2, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 3
Asas Sains Komputer Tingkatan 2, Tingkatan 1
Ekonomi STPM - Tingkatan 6
Pengajian Am STPM - Tingkatan 6
MUET STPM - Tingkatan 6