Profile Picture

Amy Farhana *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu Dengan Kepujian

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Sedang Belajar)

Seri Kembangan, Selangor

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Amy Farhana binti Omar. Pelajar tahun 3 Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian di Universiti Putra Malaysia. Saya merupakan seorang bakal guru Bahasa Melayu dan juga Kesusasteraan Melayu (minor). Saya bergiat aktif dalam menjalankan tuisyen secara dalam talian bagi subjek Bahasa Melayu Tingkatan 6 secara persendirian. Sepanjang menjadi guru tuisyen, saya telah mengajar lebih 30 orang pelajar dan kebanyakan daripada mereka memperoleh gred A dalam Bahasa Melayu STPM.
Teknik Pengajaran
Melalui pendidikan yang saya peroleh di Fakulti Pendidikan UPM, saya banyak dilatih untuk menggunakan teknik pengajaran bertunjangkan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21). Dan teknik pengajaran inilah yang saya sering gunakan untuk mengajar murid-murid. Antara teknik pengajaran yang saya laksanakan adalah pembelajaran berasaskan gamifikasi dan didik hibur. Saya juga menggunakan teknik pengajaran berasaskan BBM untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap topik pembelajaran.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1, STPM - Tingkatan 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 5
Membaca - BM Darjah 2, Darjah 3, Tingkatan 5