Profile Picture

Anis Shafinas *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Kejuruteraan Kimia

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Sedang Belajar)

Shah Alam, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Ms. Anis, pelajar pascasiswazah Kejuruteraan Kimia dari UiTM Shah Alam. Saya telah menamatkan pengajian sarjana muda dalam bidang Kimia Gunaan dengan kepujian kelas pertama. Saya mempunyai pengalaman menjadi tutor selama tiga tahun yang melibatkan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek utama saya adalah subjek Kimia dan Bahasa Inggeris. Saya merupakan seorang yang fleksibel di mana saya juga boleh menjadi tutor bagi subjek lain seperti Matematik dan Sains. Saya boleh menyesuaikan diri dalam mengendalikan kumpulan pelajar yang besar, mahupun pengajaran secara 1-1. Menjadi seorang pelajar sendiri membuatkan saya mampu untuk lebih memahami dan mempunyai empati yang tinggi kepada para pelajar didikan saya, serta membolehkan saya merancang bahan pengajaran dengan lebih baik. Hubungi saya jika anda mahu saya menggilap potensi anak anda dalam subjek yang diingini!
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan teknik pengajaran nota ringkas yang saya olah sendiri mengikut bab yang dipelajari oleh pelajar. Nota ringkas tersebut padat dengan prinsip teras yang harus dikuasai oleh pelajar dan hal ini mampu mengelakkan pelajar daripada berasa lemah semangat apabila berhadapan dengan subjek yang mengandungi terlalu banyak penghuraian. Saya juga mementingkan pengaplikasian terus ilmu yang dipelajari kepada soalan latihan. Pelajar akan diuji kefahaman dengan menjawab soalan yang saya rangka pada setiap pengakhiran sub topik atau bab yang dipelajari. Pendekatan ini dilakukan untuk memastikan pelajar 100% dapat menggarap teori-teori penting sebelum bergerak ke bab yang seterusnya. Semua teknik ini dilakukan bagi memastikan visi saya ingin mendidik pelajar memahami subjek pembelajaran dengan lebih mudah akan tercapai.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 5, Tingkatan 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Inggeris Tingkatan 5, Tingkatan 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Kimia - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 5, Tingkatan 4
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 5, Tingkatan 4
Sains Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3