Profile Picture

Ainin Sofea *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Software Engineering

Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) (Graduated)

Petaling Jaya, Selangor

Tutor Training

Training B.Melayu Sek Rendah

English Primary Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hi, saya Miss Sofea. Saya merupakan seorang graduan ijazah sarjana Software Engineering dari Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) dan mempunyai Dual Degree Award dari Staffordshire University, UK. Fokus saya dalam pengajaran adalah dalam subjek bahasa inggeris dan kemahiran asas komputer.
Saya telah didedahkan dengan kemahiran komputer di sebuah institusi tuisyen komputer sejak kecil lagi. Malahan, saya juga merupakan salah seorang pelajar dari sebuah institusi tuisyen Bahasa Inggeris di mana saya berjaya meningkatkan kemahiran berbahasa inggeris berteraskan silibus Cambridge. Melalui pengalaman ini, saya dapat membimbing dan membantu untuk mencapai target pelajar.

Teaching Method(s)
Saya sedia maklum bahawa setiap pelajar mempunyai teknik pembelajaran tersendiri. Oleh itu, pada peringkat awal, saya akan menjalani beberapa uji selidik untuk memahami teknik yang sesuai berdasarkan keperluan dan keselesaan pelajar. Secara lazimnya, saya akan mengajar isi-isi penting subjek dan diteruskan dengan perbincangan bersama pelajar khususnya cara mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajarinya. Hal ini akan membolehkan pelajar untuk lebih memahami tujuan pembelajaran dan meningkatkan pemahaman dan kemahiran mereka dalam subjek tersebut. Selain itu, saya juga akan menerapkan kaedah technology-based learning untuk menarik minat pelajar dan membolehkan pelajar untuk lebih mudah memahami subjek yang cuba disampaikan.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Cambridge - Tahun 1, Cambridge - Tahun 2, Cambridge - Tahun 3, Cambridge - Tahun 4
Renang Asas (Basic)
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 2, Darjah 5, Darjah 6