Profile Picture

Hawa Syahira *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Kimia Analisis Dan Persekitaran

Universiti Malaysia Terengganu (Telah Bergraduasi)

Bayan Lepas, Pulau Pinang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Hawa. Saya berpengalaman dalam mengajar Subjek Matematik pelajar di Sekolah Menengah dan Rendah. Saya seorang yang peramah, namun tegas. Saya juga suka berkongsi pengalaman belajar untuk meningkatkan lagi motivasi anak-anak didik saya supaya dapat menginjak lebih jauh ke arah kecemerlangan. Bagi saya, pembelajaran adalah satu proses yang berterusan sepanjang hayat. Dalam tak sedar, banyak yang telah kita pelajari. Harapan saya ialah untuk melihat anak-anak didik saya mencapai kejayaan bukan sahaja dalam akademik, juga dalam apa jua bidang yang diceburi. Marilah kita belajar bersama-sama!
Teknik Pengajaran
Sesi pengajaran dan pembelajaran saya adalah berkonsepkan mentor menti dan belajar secara berkumpulan. Mentor akan memberikan bimbingan dan beberapa teknik berguna dalam menyelesaikan suatu permasalahan. Saya juga suka mengaitkan apa yang dipelajari dengan situasi atau keadaan sebenar supaya pelajar lebih mudah untuk faham. Selain itu, Kaedah akronim dan nota ringkas juga digunakan bagi memudahkan pelajar mengingat suatu pelajaran.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3