mytutor_mobile
Profile Picture

Syasya Nazifa *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Chemical Engineering

Universiti Teknologi Petronas (Telah Bergraduasi)

Sungai Petani, Kedah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi! Saya Syasya. Saya merupakan lepasan graduan dalam bidang Kejuruteraan Kimia dari Universiti Teknologi Petronas. Sejak dari zaman persekolahan, saya amat teruja untuk berkongsi ilmu dan kaedah belajar bersama rakan-rakan saya yang lain terutamanya di dalam subjek sains dan matematik. Oleh itu, saya berkomitmen untuk memberikan pengajaran yang inspiratif dan akan cuba sedaya upaya untuk memastikan anak murid saya dapat memahami ilmu yang saya sampaikan selain membantu anak murid saya mencapai target mereka dalam pembelajaran. Saya memerhati perbezaan setiap pelajar dan membangunkan pendekatan pembelajaran yang bersesuaian untuk memenuhi keperluan unik mereka. Dengan kaedah yang inovatif, saya bukan sahaja menumpukan kepada penguasaan bahan, tetapi juga memupuk minat untuk belajar dan berdikari. Bersama-sama, kita boleh mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif dan produktif untuk anak anda.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya amalkan adalah teknik interaktif dimana teknik ini akan menciptakan keterlibatan anak murid melalui perbincangan, pertanyaan, dan kegiatan interaktif untuk meningkatkan pemahaman dan minat mereka. Saya juga akan mengaitkan material pelajaran dengan situasi dunia nyata agar anak murid dapat melihat keterkaitan dan relevansinya. Pemahaman anak murid terhadap sesuatu pengajaran adalah sangat penting bagi saya. Oleh itu, saya akan menggunakan alat visual seperti gambar, diagram atau video untuk membantu anak murid memahami konsep dengan lebih baik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Inggeris Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sains Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6