Profile Picture

Siti Aishah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor In Teaching English As A Second Language

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Telah Bergraduasi)

Ipoh, Perak

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Teacher Aishah dan saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama hampir 5 tahun dalam mendidik anak-anak pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Bahasa Inggeris merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan manakala subjek Sastera Bahasa Inggeris merupakan minor saya. Tambahan pula, saya berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga mempunyai kepakaran dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Selain itu, saya mempunyai personaliti yang disenangi para pelajar dan mampu menarik minat mereka untuk cenderung belajar dengan lebih giat. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama hampir 5 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Terdapat pelbagai pendekatan yang saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Dewasa