Profile Picture

Anisah Natasya *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Tesl

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Tanah Merah, Kelantan

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya pernah menjadi tutor dengan mengajar cikgu cikgu sekolah rendah untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Saya merupakan seorang tutor yang bertanggungjawab serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang ramah namun tegas. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka. Saya juga suka membantu anak didik saya dari segi penyusunan jadual masa yang efektif. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Saya menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang dapat menarik minat anak didik saya. Saya akan menyediakan pelbagai bahan bantu mengajar yang menarik dan menyeronokkan. Teknik bermain sambil belajar akan dapat menarik minat anak murid saya untuk belajar dan fokus dalam kelas. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Masih baru (pelajar ipg) dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3
Mengaji - Iqra Darjah 5