Profile Picture

Noor Kaiyisah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Keusahawanan (Pelancongan)

Universiti Malaysia Kelantan (Pengkalan Chepa) (Telah Bergraduasi)

Kuantan, Pahang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Kaisyah, mempunyai pengalaman selama 1 tahun semasa berkhidmat dibawah syarikat Msd sebagai Rakan Digital. Semasa saya bertugas sebagai Rakan Digital saya juga banyak membantu komuniti disana dalam pembelajaran kerana di Pusat Internet tersebut juga menyediakan kelas tuisyen kepada komuniti setempat dari segi peringkat umur sekolah rendah hingga lah peringkat menengah.. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Perakaunan dan Matematik merupakan subjek minor. Walaupun mytutor ini baharu bagi saya, saya akan cuba menjadi pendidik yang terbaik untuk mencapai pendidikan yang cemerlang untuk murid-murid. Dan saya juga akan memberikan sedikit sebanyak tentang motivasi untuk meningkatkan dan menarik minat anak-anak untuk belajar dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 1 tahun, saya akan cuba menarik minat pelajar mengikut keselesaan mereka supaya mereka sentiasa belajar dalam keadaan yang tenang dan tidak takut untuk mengetahui sesuatu perkara. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Saya akan menggunakan Teknik skor A+ SPM bagi subjek bahasa Melayu untuk memastikan mereka boleh mendapat target yang cemerlang. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BM Darjah 2, Darjah 1
Bahasa Melayu Darjah 3
Matematik Darjah 1, Darjah 2
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2
P. Islam Darjah 3