mytutor_mobile
Profile Picture

Noor Najibah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Pendidikan Awal Kanak-kanak

Kolej Poly-Tech MARA (Kota Bharu) (Telah Bergraduasi)

Kuala Terengganu, Terengganu

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Najibah merupakan tutor yang berdedikasi dalam mendidik pelajar. Sebagai seorang graduan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, saya telah mempunyai pengalaman menjadi seorang tenaga pengajar bagi pelajar prasekolah selama empat bulan. Saya mempunyai semangat yang tinggi dalam usaha untuk memberi pendidikan yang terbaik bagi kanak-kanak yang berada di prasekolah kerana pada peringkat ini merupakan peringkat yang sangat penting dalam perkembangan kanak-kanak dan perlu diberi perhatian dimana mereka mula belajar meneroka dunia di sekeliling mereka. Saya mungkin kelihatan seperti seorang yang lembut akan tetapi saya akan tegas apabila memberi didikan kerana apa yang diinginkan oleh saya adalah pelajar dapat mencapai matlamat mereka. Selain itu juga saya dapat membantu pelajar dalam membuat penyusunan jadual yang lebih baik dalam aktiviti harian mereka agar setiap aktiviti yang dilakukan lebih tersusun. Jika ibu bapa menginginkan anak-anak untuk mendapat latihan yang lebih mendalam dalam pembelajaran, boleh hubungi saya.
Teknik Pengajaran
Teknik dalam pengajaran saya adalah dimana saya akan memberikan masa kepada pelajar terlebih dahulu sebelum memulakan pembelajaran supaya pelajar tidak mudah bosan dan tujuannya juga adalah untuk meningkatkan mood pelajar sebelum memulakan sesi pembelajaran. Saya akan mengambil waktu dalam 5 minit untuk memberikan pelajar bersedia dan sewaktu pembelajaran saya akan memberikan waktu rehat kepada pelajar agar mereka tidak bosan jika pembelajaran dijalankan secara berterusan. Dalam teknik ini juga saya akan menggunakan kurikulum standard prasekolah kebangsaan (KSPK) yang menyediakan pengalaman yang menyeluruh dan holistik bagi kanak-kanak kerana ianya merangkumi pelbagai subjek dan kemahiran. Dalam teknik pengajaran ini juga saya akan menggunakan alat bahan mengajar (ABM) untuk melengkapkan lagi sesi pembelajaran.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Matematik Tadika
Membaca - BI Tadika
Membaca - BM Tadika
Bahasa Melayu Tadika
Bahasa Inggeris Tadika
Sains Tadika