Profile Picture

Ageelan A/l *******

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pengurusan(Kewangan)

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Sedang Belajar)

Cheras, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Salam kepada Ibu Bapa dan anak-anak, Saya, Ageelan, merupakan seorang bekas pegawai bank (CIMB) yang telah berkecimpung dalam industri perbankan dan kewangan selama 15 tahun. Cita-cita saya untuk menjadi seorang tidak tercapai selepas ayah saya meninggal dunia pada tahun 2005 (Tingkatan 6 bawah). Setelah tamat Tingkatan 6, saya telah mula bekerja untuk membantu ibu saya. Namun begitu, selama 15 tahun, saya telah mengajar tuisyen dalam kumpulan kecil dan peribadi sekitar kawasan perumahan saya. Pada bulan Februari 2022, saya telah kembangkan kelas tuisyen peribadi saya dan mendapat sambutan baik. Oleh itu, saya telah letak jawatan sebagai seorang pegawai pada bulan Ogos 2023. Pada waktu tersebut, saya juga mendapat tawaran untuk menjadi Guru Ganti di SMK Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi selama dua bulan (September 2023 - November 2023). Pada masa yang sama, saya masih mengajar di sekolah tersebut untuk matapelajaran Matematik untuk pelajar asrama sekolah tersebut. Subjek yang boleh diajar dalam KSSM: Matematik (DLP), Prinsip Perakaunan, Perniagaan Subjek yang boleh diajar untuk STPM: Pengajian Am, Pengajian Perniagaan Subjek yang boleh diajar dalam IGCSE : Mathematics, Accounting and Business Studies
Teknik Pengajaran
Teknik Pengajaran :
1) Pengenalan topik dan sub topik
2) Mengulang balik topik yang berkaitan dalam pelajaran lepas dan topik berkaitan. Contohnya, Nisbah Trigonometri (Ting 3) berkait dengan Teorem Phitagoras (Ting 1) dan Fungsi Trigonometri (Ting 5).
3) Tutorial setiap subtopik menggunakan buku - buku yang terpilih dalam pasaran.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Cambridge - Tahun 7, Cambridge - Tahun 8, Cambridge - Tahun 9, Cambridge - Tahun 10, Cambridge - Tahun 11
Perniagaan STPM - Tingkatan 6
Pengajian Am STPM - Tingkatan 6
Account Cambridge - Tahun 11