Profile Picture

Nur Amiratul *******

(Online)

Sarjana Muda - Pendidikan Khas, Matematik

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Ampang, WP Kuala Lumpur

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hi dan assalammualaikum, saya cikgu Amira. Saya merupakan graduan daripada Institut Pendidikan Guru major Pendidikan Khas, minor Matematik. Saya telah berpengalaman selama 5 tahun dalam dunia pendidikan dan sekarang sedang menunggu tarikh bergraduasi bagi peringkat Master daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya merupakan guru Matematik dan bahasa Melayu di sekolah rendah. Saya merupakan guru yang berdedikasi dan komited terhadap pembelajaran murid kerana saya percaya setiap murid mempunyai kelebihan dan keupayaan masing-masing dalam memahami pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, saya sentiasa berusaha untuk memberi penerangan kepada murid sehingga mereka benar-benar faham dan boleh menjawab soalan yang diberikan. Saya juga berkemahiran dalam meningkatkan keyakinan murid di dalam pembelajaran memandangkan saya berhadapan dengan murid setiap hari. Anak anda kurang keyakinan? Nak tingkatkan prestasi akademik anak anda? Boleh hubungi saya
Teaching Method(s)
Saya merupakan guru sekolah rendah, jadi saya sentiasa berjumpa dan mengajar kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah. Saya sedar kanak-kanak mempunyai daya ingatan, tahap keupayaan dan kreativiti yang berbeza, jadi saya sentiasa menyesuaikan kaedah pengajaran saya dengan tahap dan kebolehan kanak-kanak. Saya seringkali menggunakan kaedah didik hibur, gallery walk, perbincangan dan bercerita untuk meningkatkan minat dan kefahaman murid di dalam kelas.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 3, Darjah 2, Darjah 5, Darjah 6, Darjah 4
Mengaji - Iqra Darjah 3, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5