mytutor_mobile
Profile Picture

Mohd Syafiq *******

(Dalam Talian)

Doktor Falsafah(phd) - Science

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Sedang Belajar)

Segamat, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Syafiq. Saya merupakan seorang tutor yang berpengalaman dalam dalam mengajar subjek-subjek yang berkaitan sains dan matematik. Saya mula menceburi aktiviti mengajar sejak 8 tahun yang lalu. Fizik merupakan bidang utama saya, manakala matematik merupakan subjek yang telah lama menjadi minat dan kepakaran saya. Berkebolehan dalam menyediakan nota-nota ringkas dan padat yang bersesuaian dengan subjek pengajaran saya. Ini membolehkan pelajar faham dengan lebih mudah. Saya merupakan guru yang telah berkhidmat secara tetap selama 3 tahun di Maahad Tahfiz Sains Darul Ilmi Segamat. Imam As-Syafie pernah menyatakan "Ilmu itu bukan yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat". Hubungi saya, kerana memanfaatkan ilmu dengan cara menyampaikan merupakan tugas alami seorang guru.
Teknik Pengajaran
Disebabkan saya mengajar subjek Fizik dan matematik, teknik mengajaran saya akan dibahagikan kepada tiga pembahagian mudah, iaitu Teori, Contoh dan Latihan. Dalam mempelajari 'Teori', pelajar akan didedahkan dengan konsep-konsep asas berkaitan tajuk yang dipelajari. Dengan adanya 'Contoh', pemahaman pelajar berkenaan teori yang dipelajari akan lebih kukuh. Manakala 'Latihan' akan membantu pelajar meningkatkan penguasaan tentang topik yang dipelajari.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5