mytutor_mobile
Profile Picture

Fatin Farhana *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pendidikan Perakaunan

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Sedang Belajar)

Setapak, WP Kuala Lumpur

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Haii saya merupakan seorang tutor yang sangat bersemangat dan komited dalam mengajar. Saya merupakan pelajar pendidikan major dalam subjek perakaunan dan minor dalam subjek sejarah. Matlamat saya adalah untuk memastikan semua anak didik saya memperoleh keputusan yang cemerlang dan berasa seronok ketika belajar. Saya seorang yang peramah, suka berjenaka dan sedikit tegas. Saya suka membantu anak didik saya menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pembelajaran dengan cara yang menarik dan berkesan. Saya juga pandai menarik minat pelajar agar mereka terus memberikan fokus kepada pembelajaran yang saya sampaikan dan saya juga sukakan kanak-kanak.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan kaedah pembelajaran yang menarik dan berkesan dengan idea-idea yang baharu. Saya juga menggunakan kaedah pebelajaran santai selaras dengan zaman kini supaya pelajar tidak tertekan dan berasa bosan dengan apa yang disampaikan. Selain itu, saya juga menggunakan pendekatan seperti nota infografik yang berwarna warni, peta minda dan akronim agar pembelajaran lebih bermakna, mudah diingati dan efektif. Saya juga akan menyediakan soalan-soalan latih tubi dengan penjelasan yang ringkas tetapi padat. Saya juga akan mencadangkan aplikasi kuiz di telefon bimbit yang sesuai untuk pelajar gunakan sebagai latihan tambahan.
Subjek
Subjek Tahap
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4
Sejarah Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Matematik Darjah 4, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6
Geografi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Ekonomi Tingkatan 4
Perniagaan Tingkatan 4
Pengajian Keusahawanan Tingkatan 4
Sains Tingkatan 1, Darjah 6