Profile Picture

Ummu Umairah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu / Matematik Sekolah Rendah

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Johor Bahru, Johor

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang guru pelatih daripada Institut Pendidikan Guru. Saya telah mendapat gred cemerlang dalam Pengalaman Berasaskan Sekolah di SK Taman Daya 3. Saya mampu berhadapan dan mengajar pelbagai jenis murid kerana telah didedahkan dan alami sendiri di sekolah tersebut dan juga berdasarkan kursus psikologi (subjek generik IPG). Saya juga telah mengambil subjek kurikulum bahasa melayu dan matematik dimana saya telah didedahkan dengan DSKP atau isi kandungan kedua subjek ini. Saya mampu merancang dan menjalankan proses Pengajaran dan Pembelajaran dengan baik. Selain itu, saya juga boleh melaksanakan sesi ulangkaji dengan lebih berkesan. Sesi ini tidak hanya terhad kepada penjelasan konsep, tetapi juga melibatkan pendedahan kepada teknik mudah dalam menjawab soalan. Sesi ini membantu anda memperoleh pemahaman yang mendalam dan kemahiran praktikal yang diperlukan untuk menghadapi ujian dengan yakin.
Teknik Pengajaran
Salah satu kelebihan saya ialah saya mampu menjalankan PdP berasaskan teknologi dan permainan interaktif. Pengajaran ini mampu menarik minat murid belajar dengan lebih aktif.

Saya juga boleh mengajar menggunakan kaedah pendekatan induktif mahupun deduktif.
Jika anda inginkan pengajaran melibatkan pemikiran kreatif dan mendorong untuk mencapai pemahaman konsep melalui contoh atau pengalaman langsung, pendekatan induktif mungkin lebih sesuai. Di sisi lain, jika anda ingin menekankan prinsip umum terlebih dahulu dan kemudian menerapkan ke dalam situasi praktikal, pendekatan deduktif mungkin lebih sesuai.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4