Profile Picture

Aina Mardhiah *******

(Online)

Sarjana(master) - Bahasa Arab

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Graduated)

Puchong, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Ustazah Aina. Saya merupakan seorang tutor yang bertanggungjawab dan berpengalaman selama empat tahun. Saya mempunyai Ijazah Sarjana Komunikasi Profesional dalam bidang Bahasa Arab. Saya pernah menjalankan latihan industri di Education Malaysia Egypt dan Universiti Kaherah di Mesir. Sewaktu belajar, saya aktif dalam aktiviti debat Bahasa Arab dan merupakan timbalan exco akademik dalam Persatuan Bahasa Arab Komunikasi. Selain itu, saya juga mempunyai sanad Al-Quran yang diturunkan daripada Syeikh Ibrahim. Saya sering mendapat keputusan yang cemerlang semasa saya belajar. Saya sangat berminat dalam dunia pendidikan. Saya berkebolehan mengajar Bahasa Arab dan juga mengaji Al-quran. Di samping itu, saya mempunyai pengalaman mengajar Pendidikan Islam selama setahun. Jika ada yang berminat, boleh hubungi saya. Terima kasih.
Teaching Method(s)
Saya mempunyai pengalaman mengajar selama empat tahun dalam bidang pendidikan. Saya mengajar teknik yang menarik mengikut keupayaan pelajar. Untuk subjek Bahasa Arab, saya sering menekankan supaya pelajar memahami arahan di dalam soalan kerana memahami arahan sangat penting untuk menjawab sesuatu soalan. Saya juga mengajar pelajar tips untuk menambahkan kosa kata, cara menjawab soalan petikan dan cara untuk mendapatkan markah penuh dalam sesuatu soalan. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Untuk subjek mengaji, saya menekankan cara bacaan yang betul dalam membaca Al-quran.
Subject
Subject School Level
Bahasa Arab Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Universiti - Diploma
Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Arab Dewasa
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Dewasa
Mengaji - Al-Quran Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5