Profile Picture

Muhammad Aiman *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma Pascasiswazah - Pendidikan Matematik

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Telah Bergraduasi)

Permatang Pauh, Pulau Pinang

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum dan Hai! Saya Aiman Shibli. Saya merupakan seorang tutor yang sangat bersungguh-sungguh dalam mendidik para pelajar terutama dalam mata pelajaran Matematik. Sepanjang saya pernah mengajar di sekolah, saya sangat tekun memastikan pelajar saya minat kepada mata pelajaran Matematik. Saya juga suka menyediakan latihan-latihan Matematik kepada pelajar saya mengikut topik supaya pelajar saya mudah untuk mengulangkaji Matematik. Jom cuba belajar dengan saya!
Teknik Pengajaran
Teknik Pengajaran saya yang utama sudah pastinya saya akan menggunakan tayangan multimedia slaid ataupun powerpoint slides. Namun, tayangan multimedia slaid saya tetap berpandukan silibus buku teks dan juga DSKP bagi matapelajaran Matematik. Saya juga menggunakan beberapa akronim tertentu bagi memudahkan pelajar saya ingat mengingati sesuatu formula dan lebih tertarik untuk belajar. Saya juga menyediakan set soalan latihan tambahan kepada pelajar saya untuk ulangkaji.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Darjah 6, Darjah 5
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 3, Tingkatan 2