mytutor_mobile
Profile Picture

Syatirah Aqilah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pentadbiran Perniagaan

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Telah Bergraduasi)

Raub, Pahang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Aqilah. Saya merupakan seorang tutor yang mempunyai dedikasi yang tinggi. Saya mempunyai pengalaman sebanyak dua kali sebagai guru ganti personel MyStep. Kini saya juga merupakan guru tusyen sambilan di pusat tusyen di daerah saya. Oleh itu, saya berpengalaman mengajar subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik bagi murid sekolah rendah. Saya juga pernah menjadi guru ganti kafa. Sekarang saya sedang menyambung pengajian dalam Diploma Lepasan Ijazah dalam Pengajaran maka saya yakin kualiti pengajaran akan semakin bertambah baik.
Teknik Pengajaran
Saya mengunakan kaedah yang boleh berkait dengan diri dan kehidupan supaya pelajar berasa lebih dekat dan faham tentang sesuatu topik itu. Saya juga akan menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut tahap dan kemampuan pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam sesi pembelajaran agar pelajar berasa seronok belajar sekaligus memahami apa yang dipelajari. Saya juga mementingkan komunikasi dua hala di mana pelajar boleh memberikan pendapatnya serta pendapatnya akan dihargai, tidak kira betul atau salah kerana kesungguhannya perlu dititikberatkan. Dengan cara ini, pelajar akan lebih termotivasi untuk aktif dalam sesi pembelajaran.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Matematik Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 2, Darjah 3
Sains Darjah 2
Bahasa Inggeris Darjah 2, Darjah 3
P. Islam Darjah 1, Darjah 2