Profile Picture

Nurayuni Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Kepujian Pengajian Undang Undang

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Telah Bergraduasi)

Shah Alam, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama saya Cikgu Ayu. Mempunyai pengalaman dilantik sebagai tutor kepada rakan sebaya sejak di sekolah menengah. Sehinggalah mendapat latinan dan pengalaman mengajar murid tahap 1 di sebuah sekolah agama integrasi dalam subjek bahasa inggeris, matematik dan sains. Berminat dalam bidang ini membuatkan saya sentiasa bersemangat untuk mengajar setiap seorang murid saya sehingga faham. Bagi saya tiada satu kepuasan yang sempurna melainkan saya melihat anak murid saya faham dan boleh menguasai subjek yang saya ajar. Saya juga berpengalaman dalam mengajar murid kelas pemulihan sehingga boleh menguasai topik asas sesuatu subjek.
Teknik Pengajaran
Saya mengajar menggunakan pelbagai medium dan teknik serta pendekatan berbeza untuk setiap pelajar. Saya akan menarik minat seseorang pelajar untuk menguasai subjek tersebut melalui pelbagai kaedah seperti perbincangan dua hala, tunjuk cara, info grafik, menggunakan model, Alat Bantu Belajar, simulasi, eksperimen dan beberapa cara lain yang akan dinilai jika sesuai dengan prestasi pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 3, Darjah 2
Sains Darjah 3, Darjah 2