Profile Picture

Nur Najihah *******

(Online)

Sarjana Muda - Islamic Finance (Banking)

Universiti Islam Selangor (Ongoing Study)

Sentul, WP Kuala Lumpur

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hi, saya kenalkan diri terlebih dahulu, boleh panggil saya Cikgu/Miss Jiha. Saya mempunyai pengalaman dalam mengajar murid sekolah rendah dari usia 5 tahun sehingga 11 tahun. Pengalaman ini saya peroleh ketika menjadi tutor dari tahun 2021 untuk mengisi masa lapang. Selain itu, saya juga pernah menjadi guru taska di sebuah pusat transit. Saya juga boleh mengajar dan mendidik pelajar sehingga lancar dalam bacaan mengaji sama ada iqra, muqaddam dan al-Quran. Subjek Bahasa Melayu/Malaysia merupakan subjek major saya manakala subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan subjek bagi kelas kafa merupakan subjek minor.
Teaching Method(s)
Sebagai seorang mahasiswa, saya telah diterapkan dengan pelbagai teknik pembelajaran yang menarik. Selain dapat menarik perhatian pelajar untuk lebih fokus ketika belajar, teknik-teknik yang saya aplikasikan dapat menjadikan aktiviti pembelajaran lebih menyeronokkan. Antara pendekatan yang sering saya gunakan adalah penggunaan peta minda dan tugas dalam kelompok. Teknik-teknik ini meningkatkan lagi keberkesanan proses pembelajaran kepada pelajar kerana murid dapat turut serta dalam aktiviti secara langsung.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Mengaji - Al-Quran Darjah 4, Darjah 5
Membaca - BM Darjah 1
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BI Darjah 1
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Tauhid KAFA - Darjah 1
Tilawah Al-Quran KAFA - Darjah 1
Adab ( Akhlak Islamiah) KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3
Asas Fardhu Ain KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3