Profile Picture

Nur Umairah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Matematik Dan Sains

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Telah Bergraduasi)

Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi, komited dan bersemangat tinggi untuk membantu anak didik saya supaya mencapai tahap cemerlang dalam subjek Matematik dan Sains. Saya mampu mengaplikasikan metodologi pengajaran secara menyeluruh dan kreatif berdasarkan tahap dan potensi mereka dengan memupuk persekitaran pembelajaran yang menyokong dan meyakinkan. Saya juga komited dalam memberi perhatian yang terperinci terhadap pengajaran saya secara profesional. Subjek Matematik merupakan subjek major saya dalam pendidikan manakala subjek Sains merupakan subjek minor saya. Saya mempunyai pengalaman mengajar pelajar sekolah menengah dalam subjek Matematik dan Sains. Jadi, pilihlah saya sebagai tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan kaedah pengajaran yang menarik dan sesuai untuk dijalankan secara 'online'. Saya juga mengaplikasikan teknik penyoalan (paraphrase, prompt, probe, acknowledge & summarize) yang bersesuian dengan situasi dan kemampuan anak didik saya. Selain itu, saya ada menekankan tentang formula dan teori penting yang perlu dititikberatkan. Saya ada menyediakan nota ringkas berwarna dalam bentuk slaid yang mudah difahami.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 5, Tingkatan 4
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2