Profile Picture

Nur Ammelia *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Teknologi Alam Sekitar

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Telah Bergraduasi)

Lipis, Pahang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Ada kalanya kita perlu “diketuk” agar tersedar dari lamunan, agar tidak terus terleka dibuai dengan kesedihan. Ingin mencuba sesuatu yang baru sentiasa ada dalam diri saya. Menjadi seorang 'tutor' perlu dedikasi dan komitmen yang tinggi, justeru, saya akan sentiasa berusaha untuk memastikan bakal-bakal anak didik akan mencapai matlamat mereka diiringi doa dan usaha. Tegas dan ramah demi memastikan setiap sesi pembelajaran berjalan seperti dirancang dan memperoleh hasil seperti yang diharapkan. “Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan”. Jangan tunggu lama, jadikan saya 'tutor' anda!
Teknik Pengajaran
Saya lebih mengutamakan teknik ringkasan awalan bagi setiap pembelajaran untuk memberi gambaran awal kepada anak didik. Pembelajaran soal & jawab dengan anak didik untuk memastikan sesi 'tutoring' tidak membosankan serta disusuli nota-nota ringkasan yang menarik untuk mereka. Penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris mengikut kesesuaian pembelajaran untuk anak didik lebih mudah memahami.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 3, Darjah 5, Tingkatan 3, Tingkatan 1
Membaca - BI Darjah 3
Bahasa Inggeris Darjah 5
Geografi Tingkatan 1