mytutor_mobile
Profile Picture

Nursyahirah Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sains Makanan (perkhidmatan Makanan Dan Pemakanan)

Universiti Malaysia Terengganu (Telah Bergraduasi)

Tanjong Karang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Salam perkenalan semua. Saya merupakan seorang tutor yang sangat berdedikasi menyampaikan ilmu kepada anak didik dalam usaha mencapai keputusan yang cemerlang. Saya sentiasa memastikan anak didik saya berjaya menguasai subjek dan dapat memahami apa yang dipelajari dengan baik. Saya mempunyai kemahiran komunikasi yang sangat tinggi dan sentiasa mencuba untuk memenuhi kehendak yang diperlukan oleh pelajar. Di samping itu, saya juga komited untuk menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang disukai untuk memastikan anak didik saya lebih berminat dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh saya. Sebagai individu yang sangat bermotivasi dengan semangat untuk mengajar, saya berharap dapat memberi kesan positif kepada kehidupan pelajar saya. Pilihlah saya untuk menjadi tutor anda pada hari ini!
Teknik Pengajaran
Secara umumnya, saya lebih menerapkan kaedah pembelajaran dalam bentuk visual, nota yang berwarna warni yang dapat menarik minat pelajar untuk memperoleh keseronokan dalam belajar. Nota yang ringkas tetapi padat menggunakan kaedah peta minda juga dipraktikkan kerana ianya lebih mudah untuk difahami oleh pelajar. Dengan cara ini, dapat mengurangkan tekanan kepada pelajar yang susah untuk mengingati atau menghafal perkataan yang rumit menggunakan ringkasan peta minda. Selepas selesai sesi pengajaran, saya akan meminta pelajar untuk mengulang semula apa yang telah dipelajari mengikut kefahaman mereka bagi memastikan setiap perkara yang disampaikan mencapai objektif untuk meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6