Profile Picture

Dhea Nasuha *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Insan (Kepujian)

Universiti Islam Selangor (Sedang Belajar)

Jeram, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Helo, saya Dhea Nasuha merupakan pelajar yang bersemangat dalam berkongsi ilmu kepada anak murid saya dengan pelbagai pengetahuan yang saya pelajari untuk memastikan anak murid saya mencapai objektif markah cemerlang di dalam keputusan peperiksaan. Dalam waktu komitmen saya kepada terhadap akademik, saya akan menerapkan sikap berfikiran terbuka, kemahiran komunikasi yang berkesan dengan penuh kesabaran untuk mengajar anak murid saya, waktu yang efektif, fleksibel dan tersusun, terhadap jadual dan subjek serta memastikan persekitaran pembelajaran yang positif dan selesa di antara saya dengan anak murid saya supaya kami dapat menyesuaikan diri dengan mudah dan pembelajaran dapat lebih memahami. Saya sangat teruja dengan peluang untuk menyumbang kejayaan akademik kepada orang lain sambil memperoleh pengalaman mengajar yang berharga. Mari kita mulakan perjalanan pendidikan ini bersama-sama!
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan teknik penceritaan yang teratur serta teknik belajar sambil berhibur selari dengan kaedah penyesuaian dan kefahaman anak murid saya supaya mereka dapat mendalami, memahami dan mampu mengingati pembelajaran mereka tidak kira tempat. Saya juga menggunakan teknik perbincangan serta stimulasi supaya kemahiran kreatif dan fikiran kritis dalam menyelesaikan masalah dan memperkembangkan idea akan semakin meluas.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 3
Matematik Darjah 3
Membaca - BI Darjah 3
Membaca - BM Darjah 3
P. Islam Darjah 3
Mengaji - Al-Quran Darjah 3