Profile Picture

Muhammad Hanies *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Universiti Kebangsaan Malaysia (Graduated)

Setiawangsa, WP Kuala Lumpur

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya seorang tutor yang baru dan bersemangat dengan latar belakang dalam matematik dan fizik yang baru sahaja bergraduasi dari Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik daripada UKM. Walaupun saya baru sahaja dalam bidang pengajaran, saya berkomitmen untuk mencipta lingkungan pembelajaran yang menyokong dan memotivasi. Saya yakin setiap pelajar memiliki potensi unik, dan saya berusaha membantu mereka mengatasi cabaran dalam memahami asas matematik dan fizik. Dengan kemahiran komunikasi dan pemahaman mendalam tentang bahan pengajaran, saya berharap meningkatkan kepercayaan diri pelajar dan mencipta pengalaman pembelajaran yang positif. Saya bersedia untuk beradaptasi dengan keperluan pelajar dan membantu mereka mencapai kejayaan akademik melalui pendekatan inovatif. Oleh itu, saya berharap dapat menjadikan pelajar-pelajar dapat mempelajari subjek ini dengan cara yang lebih santai dan mudah.
Teaching Method(s)
Saya berpengalaman mengajar pelajar Tingkatan 4 dalam subjek Matematik Tambahan, Matematik Moden dan Fizik. Seperti yang kita tahu, ketiga-tiga subjek ini memerlukan kemahiran memahami konsep dalam bentuk nombor dan rumus.

Oleh itu, saya suka untuk menggunakan pendekatan mengajar seperti:
- Memberikan rumusan secara umum mengenai topik/bab yang ingin diajar supaya pelajar nampak gambaran keseluruhan.
- Mengajar dengan memperbanyakkan menyoal. Saya akan beri soalan contoh dan akan menyoal pelajar apa mereka faham daripada soalan.
- Menyuruh pelajar menyenaraikan kata kunci yang penting bagi soalan tersebut.
- Menunjukkan carta alir bagaimana soalan-soaln tersebut dapat diselesaikan

Untuk memberikan pengajaran lebih menarik, saya biasanya akan melakar/menggambarkan jalan kerja atau konsep dengan melakukan peta minda. Ianya terbukti membolehkan pelajar memahami topik tersebut dengan mudah dan boleh menghubungkait segala rumus dengan soalan yang diberi.
Subject
Subject School Level
Matematik Tambahan Tingkatan 4
Matematik Tingkatan 4
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4