Profile Picture

Syahirah

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sijil - Bahasa Melayu

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Ulu Kinta, Perak

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalammualaikum dan selamat sejahtera . Saya Syahirah binti Mohd Rosli . Saya merupakan seorang mahasiswi di Institut Pendidikan Guru dalam bidang Bahasa Melayu . Saya telah didedahkan dengan pelbagai teknik mengajar yang berkesan bagi kanak-kanak . Saya juga pernah menjadi guru muda ketika berada di sekolah menengah dalam subjek Pendidikan Islam. Sebelum menuntut di IPG saya telah menamatkan pembelajaran saya di matrikulasi dalam bidang sains komputer. Saya lebih cenderung untuk mengajar murid sekolah rendah kerana saya amat menyukai kanak-kanak. Saya merupakan anak kedua daripada lapan orang adik beradik . Hal ini dapat membantu saya lebih memahami kanak-kanak kerana jarak usia mereka tidak jauh dengan adik-adik saya.
Teknik Pengajaran
Saya lebih cenderung untuk menggunakan teknik mengajar yang mudah dan tidak asing lagi bagi murid-murid iaitu kaedah menggunakan peta minda dan akronim bagi memudahkan mereka memahami pembelajaran yang disampaikan . Saya juga akan menggunakan teknik didik hibur supaya proses pengajaran dan pembelajaran tidak membosankan.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Membaca - BM Darjah 3, Darjah 4
Bahasa Melayu Darjah 3, Darjah 4
Prasekolah - 3M Darjah 1