Profile Picture

Sarah Naimah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Undang-undang Dan Syariah

Universiti Sains Islam Malaysia (Telah Bergraduasi)

Kuala Terengganu, Terengganu

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Teacher Sarah. Saya seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama dua tahun dalam mendidik pelajar pra-sekolah dan sekolah rendah. Saya merupakan seorang tutor yang bersemangat waja dalam mendidik anak didik sehingga mereka dapat mencapai target yang diimpikan. Pendekatan saya kepada pelajar adalah saya akan tetapkan matlamat untuk dicapai dengan berkongsi tips mudah faham dan motivasi membina mengikut latar belakang pelajar. Jika anda mahukan tutor yang bersifat 'buddy' tetapi ada tegasnya boleh hubungi saya sekarang.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya bergantung kepada tahap, keupayaan dan prestasi pelajar. Saya akan mengenal pasti terlebih dahulu apa masalah dan perlakuan pelajar sama ada sejenis yang pendiam, ceria atau sebagainya. Teknik yang saya selalu gunakan adalah teknik bersifat "main dan belajar" di mana saya memasukkan elemen kejutan (surprise) dan permainan (gaming) yang pelbagai bagi menarik minat pelajar untuk belajar. Selain itu, saya juga menggunakan teknik mnemonic bagi subjek yang memerlukan hafalan.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Tadika
Bahasa Inggeris Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Arab Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6