Profile Picture

Nazirah Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Sungai Petani, Kedah

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Nazirah Binti Rahim. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan menitikberatkan isi pelajaran yang disampaikan kepada murid-murid. Saya merupakan seorang pelajar Institut Pendidikan Guru, maka saya juga merupakan guru pelatih. Maka dengan itu, saya telah menguasai pelbagai kaedah dan teknik pengajaran bagi melaksanakan pdp yang bermakna dan berkesan. Hal ini kerana, di IPG, kami guru pelatih telah dilatih secara sepenuhnya tentang kerjaya sebagai seorang guru. Sehubungan itu, saya juga berpengalaman mengajar kanak-kanak tentang mata pelajaran bahasa Melayu. Saya juga berpengalaman mengajar murid-murid di sekolah. Saya juga mahir menyusun atur strategi dan isi pelajaran yang ingin di sampaikan kepada murid mengikut keperluan mereka. Tambahan pula, saya seorang yang sentiasa memberikan semangat yang positif dan motivasi kepada murid-murid saya dalam pelajaran mereka. Dalam pada itu, saya juga menekankan kaedah pembelajaran yang menarik agar murid-murid saya tidak mudah berasa bosan sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Saya juga akan memastikan murid-murid saya menguasai setiap topik yang diajarkan dengan melakukan pentaksiran melalui pemerhatian, kuiz dan ujian bagi mengesan tahap penguasaan murid-murid saya. Maka dengan itu, hubungilah saya segera demi kecemerlangan anak-anak anda.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya adalah berbeza-beza mengikut keupayaan dan tahap penguasaan murid. Saya lebih gemar menggunakan teknik pengajaran secara didik hibur dan memastikan berlakunya interaksi dan pembelajaran secara dua hala. Hal ini bertujuan memastikan murid-murid saya melibatkan diri mereka secara aktif sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Murid yang melibatkan diri secara aktif akan lebih menguasai isi pelajaran seterusnya dapat mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Teknik pengajaran saya juga mestilah bersesuaian dengan topik pembelajaran yang ingin disampaikan kepada murid. Sehubungan itu, saya memilih untuk mengajar murid-murid sekolah rendah. Maka dengan itu, pembelajaran yang menyeronokkan adalah sangat penting supaya murid akan bersama-sama guru sehingga ke akhir pembelajaran.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BM Darjah 2, Darjah 1, Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 2, Darjah 1, Darjah 3