Profile Picture

Muhammad Toriq *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Perubatan Dan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Sedang Belajar)

Hulu Langat, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Brother Toriq, seorang pelajar perubatan tahun keempat dari Universiti Malaya. Saya mempunyai rekod pencapaian yang baik dalam pembelajaran di peringkat menengah mahupun tinggi. Antara pencapaian saya adalah memperoleh 9A dalam PT3, 9A+ dalam SPM, dan seterusnya mengekalkan gred purata 4.00 semasa Asasi. Kemahiran saya adalah dalam bidang STEM, khususnya Matematik Tambahan, Biologi dan Fizik. Saya juga mempunyai kemahiran dalam ilmu pembacaan al-Quran dalam bidang tajwid dan sekarang menjadi ketua imam di salah satu kolej kediaman di Universiti Malaya. Saya juga cakna berkenaan teknik pembelajaran yang efektif, pengurusan masa yang baik, dan berdedikasi dalam berkongsi ilmu dengan mentee saya. Mahukan seorang tutor yang sempoi namun efektif dalam mengajar? Tidak perlu fikir panjang, sayalah orangnya!
Teknik Pengajaran
Teknik yang saya gunakan untuk anda adalah sama dengan apa yang saya sendiri gunakan untuk mencapai kecemerlangan. Pengajaran saya memfokuskan teknik hafalan yang efektif, kefahaman yang mendalam bagi membantu hafalan, pengulangan melalui latihan dan penambahbaikan setelah penilaian. Setiap orang ada cara belajar yang berbeza, jadi selari dengan prinsip sempoi saya, saya terbuka untuk memberi panduan cara belajar mentee saya ke arah yang lebih baik. Seronok untuk belajar, belajar untuk seronok!
Subjek
Subjek Tahap
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 5
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 5