Profile Picture

Noor Fausaly *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Marine Science

Universiti Kebangsaan Malaysia (Telah Bergraduasi)

Semporna, Sabah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya seorang yang bersemangat dalam memberikan bimbingan akademik kepada sesiapa yang berminat untuk belajar. Dengan pengetahuan dan pengalaman yang saya miliki serta kesungguhan saya untuk mengajar dan menimba pengalaman, saya yakin saya mampu memberikan pengajaran yang baik kepada pelajar saya. Saya memiliki kemampuan untuk menyampaikan topik dengan jelas dan merancang kaedah pembelajaran yang menarik dan tidak membosankan. Dengan antusiasme saya terhadap pendidikan, saya yakin dapat mewujudkan suasara pembelajaran yang positif dan kondusif bagi membantu perkembangan akademik pelajar.
Teknik Pengajaran
Saya memiliki pendekatan pembelajaran sains yang inovatif dan menarik, dengan fokus pada penerapan teknik-teknik interaktif. Saya akan melaksanakan pelbagai eksperimen praktis dengan pengalaman saya sebagai pembantu makmal, simulasi interaktif, dan perbincangan dua hala dalam sesi pembelajaran. Dengan cara ini, pelajar tidak hanya menerima ilmu secara teori, tetapi juga terlibat aktif dalam proses pembelajaran, dengan tujuan mereka memahami konsep sains secara lebih mendalam.
Subjek
Subjek Tahap
Sains Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5