Profile Picture

Muhamad Amir *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Business Administration (Risk Management)

Universiti Sultan Zainal Abidin (Kuala Nerus) (Sedang Belajar)

Baling, Kedah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang mempunyai matlamat dan bersemangat dalam bidang mengajar. Subjek Matematik merupakan kemahiran subjek kesukaan saya. "Santai, janji sampai" dan "Tiada istilah terlambat untuk berubah" adalah perkara yang saya selalu pegang dalam hidup. Setiap masalah perlu dijalani dengan tenang, dan itulah yang saya ingin terapkan kepada pelajar. Melalui cara ini, pelajar akan kekal tenang meskipun menghadapi keadaan sukar supaya mereka dapat berfikir jernih dan mencari solusi yang terbaik. Jom jadikan saya tutor anda!!!
Teknik Pengajaran
Mempunyai kehidupan mahasiswa yang turun naik dan sedikit ilmu psikologi membukakan mata saya untuk sedar bahawa setiap orang mempunyai cara pemahaman yang berbeza. Mudah kata, saya menggunakan kaedah flexible. Subjek sejarah antara contohnya, digalakkan menggunakan peta minda kerana ini kaedah yang bagus dan lagi elok apabila disediakan dalam bentuk berwarna, ringkas, padat dan senang ingat. Matematik pula, lebih kepada akronim sebagai rujukan.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Mengaji - Al-Quran Mengaji