Profile Picture

Nadiatul Aiifa *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sains Dengan Pendidikan (Kepujian)

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Telah Bergraduasi)

Raub, Pahang

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Aiifa. Sebagai seorang guru, saya suka memandang setiap pelajar sebagai selembar kain putih di mana keajaiban pembelajaran terjadi. Saya tidak hanya menyampaikan isi pelajaran, tetapi juga suka mencari pelbagai teknik atau kaedah yang menarik bagi membantu pelajar lebih memahami suatu konsep yang diajar. Pengalaman saya dalam bidang pendidikan khususnya mata pelajaran Sains dan Fizik SPM adalah 10 tahun. Saya mempunyai dedikasi dan semangat yang tinggi bagi membantu anak didik saya meningkatkan prestasi mereka kerana bagi saya setiap pelajar mempunyai bakat dan kebolehan yang berbeza dan mereka akan menggapai kejayaan dengan cara yang berbeza.
Teknik Pengajaran
Saya suka menerapkan teknik 'Double Output' yang menarik bagi membantu murid menguasai konsep dan teknik meguasai soalan atau mengaplikasi kemahiran yang dipelajari. Pendekatan menggunakan modul berfokus merupakan kepakaran saya dalam membantu murid lemah, sederhana dan berpotensi meningkatkan prestasi mereka bagi mendapatkan gred yang lebih baik. Saya boleh mengajar berdasarkan keperluan pelajar dan merentasi konsep mengikut kehendak mereka.
Subjek
Subjek Tahap
Sains Tingkatan 4, Tingkatan 5
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5