Profile Picture

Putri Khadijah *******

(Online & Physical)

Diploma / Stpm - Diploma Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua

Universiti Islam Selangor (Graduated)

Kajang, Selangor

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Teacher Khadijah. Saya adalah pelajar lepasan Diploma dalam bidang Perguruan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua di Universiti Islam Selangor. Saya mempunyai pengalaman mengajar selama 1 tahun di sekolah dan pengalaman sebagai tutor secara atas talian selama 3 tahun. Bahasa Inggeris adalah subjek major saya dalam bidang Pendidikan. Saya berkemahiran dalam mempelbagaikan teknik pembelajaran secara atas talian, bukan sahaja menggunakan google meet semata mata, tetapi juga menggunakan platform yang lebih menarik untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya selalu gunakan ialah teknik pengulangan di mana, saya lebih menekankan kepada pelajar untuk mendengar dan mengulang apa yang disebut atau disampaikan oleh saya sebagai seorang guru. Bukan itu sahaja, saya juga menggunakan teknik memahami bahasa Inggeris menggunakan bahasa melayu, di mana semasa kelas, saya akan menerangkan nota atau latihan di dalam bahasa Inggeris terlebih dahulu dan kemudianya menterjemahkan nota atau latihan tersebut kepada bahasa melayu sekiranya pelajar mempunyai masalah untuk memahami bahasa Inggeris.
Subject
Subject School Level
Membaca - BI Darjah 3, Darjah 2
Bahasa Inggeris Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 2