Profile Picture

Fatimatul Amirah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Teaching English Language As A Second Language (Tesl)

Management & Science University (Telah Bergraduasi)

Cheras, Selangor

Guru Sekolah

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama saya Najla. Saya merupakan guru Bahasa Malaysia di salah sebuah sekolah antarabangsa di ibu kota. Namun, jurusan major saya ialah Bahasa Inggeris (Teaching English as a Second Language - TESL) dan berpengalaman mengajar Bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Saya juga pernah menjadi tutor untuk berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris. Saya telah berkecimpung di dalam dunia mengajar secara rasmi di sekolah selama hampir 2 tahun. Manakala pengalaman saya mengajar sebagai tutor sejak dari tahun 2018. Selain mengajar Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, saya juga berpengalaman mengajar subjek Sejarah. Berkemahiran dalam menyediakan pembelajaran yang kreatif dan condusif menjadikan kelas lebih proaktif dan ceria. Ini kerana saya sentiasa percaya bahawa sesi pembelajaran haruslah kreatif dan cerita supaya pelajar akan bebas dari tekanan untuk memahami topik-topik pembelajaran.
Teknik Pengajaran
Setiap manusia itu berbeza. Jadi setiap keperluan pelajar itu juga berlainan. Membawa pendekataan yang berlainan untuk setiap pelajar di dalam kelas adalah sangat penting. Saya lebih bercenderung untuk menyediakan aktiviti yang mampu diadaptasi oleh setiap pelajar. Bersesuaian dengan pembelajaran abad 21, saya juga sering mengaplikasikan teknik 4Cs iaitu Critical Thinking (Berfikiran aras tinggi), Collaboration (Kolaborasi/Berkerjasama), Communication (Komunikasi) dan Creativity (Kreativiti). Hal ini kerana, pelajar-pelajar memerlukan pembelajaran yang lebih segar dan terkini bersesuaian dengan peribadi mereka. Namun, saya juga terbuka dengan pelbagai teknik dan pendekatan yang lain dalam melestarikan pembelajaran yang lebih efektif dan condusif kepada semua pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Tingkatan 3, Darjah 6
Bahasa Melayu Cambridge - Tahun 6, Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 5