Saya juga pernah menjadi seorang pelajar. Saya percaya bahawa setiap pelajar memiliki potensi yang hebat untuk tumbuh dan berkembang. Oleh sebab itu, saya selalu mencuba yang terbaik untuk membangkitkan minat dan semangat belajar dalam diri setiap pelajar. Saya mendorong mereka untuk selalu berfikir secara kritis. Saya berusaha untuk menciptakan lingkungan belajar yang positif, menyenangkan, dan inklusif dalam pembelajaran, di mana pelajar merasa didengar, disokong dan dihargai.
Teaching Method(s)
Penting bagi saya untuk mengakui perbezaan individu dan gaya belajar setiap pelajar. Saya mengadaptasi pendekatan yang berbeza untuk memenuhi keperluan individu mereka dan selalu bersedia untuk memberi dorongan tambahan kepada mereka yang memerlukannya. Teknik pengajaran dan pembelajaran yang santai tetapi tegas adalah teknik yang selalu saya praktikkan dalam mengajar supaya pelajar selalu berasa selesa dan tidak takut untuk bertanya jika tidak faham sesuatu topik.