Profile Picture

Nur Fatin *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Law

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Telah Bergraduasi)

Seremban, Negeri Sembilan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Sebagai seorang lulusan sarjana muda dalam bidang undang-undang yang tertarik untuk menjadi tutor, saya memiliki pemahaman yang utuh untuk membantu pelajar menekuni dan memahami konsep subjek-subjek yang berkenaan dengan cara yang runtut dan terarah. Saya percaya saya dapat membantu pelajar meningkatkan kemampuan berbicara, membaca, menulis, dan mendengar dalam Bahasa Melayu. Saya juga dapat membantu mereka memahami tatabahasa, kosa kata, dan struktur ayat yang betul. Selain itu, sebagai graduan Undang-undang yang menuntut di Universiti Awam, saya telah dilatih untuk menguasai kedua-dua Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan tuntas. Kemampuan dwibahasa ini, saya percaya dapat membantu saya membimbing pelajar yang tidak fasih pertuturan dan pemahaman Bahasa Melayu. Sebagai tutor sejarah, saya mampu membantu pelajar untuk memahami dan memahfuzkan peristiwa penting, tokoh, dan garis masa dalam sejarah. Saya dapat membantu mereka mengembangkan keterampilan analisis, sintesis, dan evaluasi dalam memahami konteks sejarah dengan efektif. Saya juga menitikberatkan keupayaan komunikasi dua arah, kemampuan mendengar yang aktif, dan kesabaran dalam membantu pelajar memahami bahan pembelajaran secara digital.
Teknik Pengajaran
Strategi pengajaran utama saya adalah berasaskan tugasan atau aktiviti ringkas yang mencakup serta mudah difahami dengan serta-merta. Strategi ini, boleh dilaksanakan dengan berkesan melalui teknik pengajaran yang melibatkan penceritaan, interaksi dua hala bagi membolehkan pelajar memberikan refleksi, dan perbincangan. Teknik pengajaran ini, dapat memastikan pelajar memahami sesuatu topik itu dengan tuntas kerana mereka digalakkan untuk berfikir secara analitis dan kritis bagi merungkaikan permasalahan atau persoalan yang timbul semasa tempoh pembelajaran. Sehubungan itu, tiga objektif pembelajaran dapat dicapai iaitu, kefahaman kandungan, penglibatan pelajar, serta membantu kemahiran komunikasi dan proses pemikiran.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 3, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Inggeris Darjah 3, Darjah 6
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Geografi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3