Profile Picture

Amiera Atrisyia *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Fiqh And Fatwa

Universiti Sains Islam Malaysia (Sedang Belajar)

Seremban, Negeri Sembilan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Atrisyia. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dalam menjalankan amanah yang diberikan kepada saya. Saya berpengalaman dalam mendidik anak pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah sebagai guru ganti sebelum ini. Saya juga sangat bersemangat dalam mengembleng tenaga untuk anak didik saya supaya mencapai keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang ceria namun tegas bagi memastikan anak didik saya cemerlang dalam pelajarannya. Saya akan memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka. Saya akan membantu anak didik saya dari segi penyusunan jadual masa yang efektif dan melatih mereka cara belajar yang saya paling berkesan. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Subjek Bahasa Arab merupakan kemahiran utama saya kerana saya merupakan bekas pelajar yang silibusnya berteraskan bahasa arab penuh. Manakala,subjek Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu merupakan kemahiran tambahan yang sedia ada. Nak anak cemerlang dunia akhirat ?Jadikan saya tutor anak anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan kaedah pengajaran terus dan beberapa kaedah lain yang menarik berdasarkan keupayaan para pelajar. Bagi memastikan pelajar tidak mudah bosan saya juga akan menggunakan kedah didik hibur. Saya juga akan menyediakan modul pembelajaran untuk memastikan anak didik saya dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dengan mudah. Saya juga menggunakan akronim untuk membantu anak didik saya mengingati sesuatu perkara dengan mudah. Saya juga menyediakan nota ringkas yang berwarna warni bagi kelas dalam talian. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kefahaman yang tinggi dan kemampuan untuk mengaplikasi apa yang telah dipelajari dalam kehidupan merupakan visi saya sebagai seorang pendidik. Bak kata pepatah arab, Ilmu tanpa amal seprti pohon tidak berbuah.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 1
Membaca - BI Darjah 1
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 6
Bahasa Inggeris Darjah 1
P. Islam Darjah 1, Darjah 6
Bahasa Arab Darjah 1, Darjah 6, Tingkatan 1, KAFA - Darjah 1
Asas Fardhu Ain Darjah 1
KAFA Darjah 1
Sains Darjah 6
Bahasa Arab - Third Language Darjah 6
Tauhid KAFA - Darjah 1
Fekah KAFA - Darjah 1
Ulum syariah - Akidah KAFA - Darjah 1
Ulum syariah - Ibadah KAFA - Darjah 1
Sirah KAFA - Darjah 1
Adab ( Akhlak Islamiah) KAFA - Darjah 1