Profile Picture

Suriati Binti *******

(Dalam Talian)

Diploma Pascasiswazah - Business Of Management

Kolej Cosmopoint, Kota Kinabalu (Telah Bergraduasi)

Sandakan, Sabah

Training Membaca

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi salam sejahtera. Saya adalah seorang tutor yang bercita-cita untuk membimbing anak didik saya mencapai keputusan yang baik dan cemerlang. Menjadi Tutor juga sekaligus membentuk saya sebagai seorang Coach dan Penasihat bagi mereka. Pembelajaran bukan sahaja di sekolah tetapi di mana-mana sahaja. Saya seorang yang ramah tetapi juga tegas jika melibatkan disiplin dan tatasusila semasa mengajar. Saya akan memastikan anak didiik saya dapat belajar dengan selesa tanpa ada tekanan yang melampau. Untuk proses jadual, saya akan membantu anak didik saya menyusun jadual pembelajaran mereka sesuai dengan keselesaan anak didik dan ibu bapa mereka. Ini kerana, keselesaan menjamin kualiti bagi kedua belah pihak. Jika saya diberikan kepercayaan, nescaya saya akan menggunakan sebaik dan sehabis yang mungkin.
Teknik Pengajaran
Untuk teknik pembelajaran yang akan saya terapkan adalah saya akan memastikan anak didik saya menyesuaikan diri terlebih dahulu dengan saya. Ini untuk membentuk satu jalinan antara Cikgu/ Tutor dan anak didik agar kedua belah pihak dapat bekerjasama dan senang untuk bertukar sebarang komunikasi yang terwujud. Pada awalnya, saya hanya perlu bersabar kerana tidak semua orang akan merasa selasa dengan kehadiran orang baru. Selama proses berjalan, saya akan mencuba mengambil hati mereka dengan berbagai kaedah. Saya akan cuba untuk berinteraksi seperti rakan-rakan kecil mereka. Kanak-kanak sangat menyukai muzik, untuk kelas saya, saya akan memastikan mereka mendapat kelas yang sangat selesa dan dalam keadaan yang sentiasa relaks dan gembira.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2
Matematik Darjah 2, Darjah 1, Darjah 3