mytutor_mobile
Profile Picture

Vanessa Apines *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ekonomi Kewangan Antarabangsa

Universiti Malaysia Sabah (Labuan) (Telah Bergraduasi)

Kota kinabalu, Sabah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalammualaikum semua, saya Cikgu Nessa . Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 10 tahun dalam dunia pendidikan bimbingan khas (secara tutorial peribadi dan berkumpulan) . Antara subjek-subjek yang saya ajar sepanjang pengalaman saya menjadi tutor termasuklah Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin (Asas/ Peringkat Sekolah Rendah) dan Prinsip Perakaunan. Saya merupakan seorang tutor yang fleksible, yang mana saya akan membimbing pelajar-pelajar saya dengan tegas tetapi pada masa yang sama, saya tidak terlalu menekan tahap kedisiplinan diri mereka seperti di sekolah ketika sesi pembelajaran saya.
Teknik Pengajaran
Dalam sesi bimbingan saya atau pun disebut tutorial/tuisyen, saya lebih fokus kepada asas pemahaman dan lebih kepada hands-on practice memandangkan subjek yang diajar lebih memerlukan daya faham melalui trial and error, kemudian pemahaman error bagi memastikan pelajar-pelajar saya dapat mengurangkan minor mistake. Selain itu, saya akan berkongsi beberapa teknik hafalan yang berkaitan subjek-subjek berkaitan. Bagi pelajar-pelajar dalam kawasan Kota Kinabalu, saya boleh mengajar secara bersemuka. Bagi yang berada di kawasan selain itu, saya mengalu-alukan sesi pembelajaran secara dalam talian. Samada sesi pembelajaran bersemuka atau secara dalam talian, tentunya komitmen diberikan 100%
Subjek
Subjek Tahap
Prinsip Perakaunan Tingkatan 5, Tingkatan 4
Matematik Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Cina Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Dewasa
Bahasa Inggeris Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Ekonomi STPM - Tingkatan 6
Perniagaan Tingkatan 5, Tingkatan 4
Bahasa Cina Komunikasi Tingkatan 4